PERKHIDMATAN KAMI MEMUDAHKAN ANDA..!!!

HP :-010-9292882 @ 016-951 2992
royazman2882@yahoo.com/azman929@gmail.com
AZMAN GLOBAL TRADING(001740535-H)
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN..








Rabu, 2 Februari 2011

Pakej BBQ Kambing Golek

 





 










Facebook.com/azman zit gbl Trading


Kebaikan Daging Boer Dalam Diet Makanan Anda…


Selama ini banyak perkara yang tidak diketahui oleh pengguna di Malaysia mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan mereka. Kita terlalu disuapkan dengan fakta-fakta yang berkaitan masalah kesihatan mengenai daging ini tetapi yang musykilnya ciri-ciri kebaikannya pula jarang disebutkan walaupun kebanyakkan punca masalah kesihatan yang berlaku kepada mereka yang memakan daging sebenarnya datang dari sikap pengguna itu sendiri yang tidak mengamalkan pengambilan diet yang tepat.
Antara Fakta yang tidak diketahui oleh pengguna yang mengambil daging di dalam diet mereka:
-lemak daging kambing adalah hampir sama dengan lemak ayam iaitu hampir 3%
-persepsi memakan daging berkait rapat dengan darah tinggi adalah lebih kepada faktor psikologi kerana ianya telah di “mindset” kan sebelum ini dan faktor ini yang menyebabkan tekanan darah naik kerana risau memakan daging tersebut. (petikan kata seorang Pakar Biologi Pembiakan)
-bagi 100 gram daging kambing boer yang dipangang mengandungi 143 kalori, 27 program protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium, 75 miligram kolestrol.
-bagi setiap 3 auns daging kambing boer yang dimasak mengandungi 2.58gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri mengandungi 16gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu. Malah peratus lemak daging kambing boer adalah lebih rendah daripada biri-biri dan lembu. Malah sebuah universiti di New York memberi kan daging ini kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular kerana mempercayai khasiatnya.
(awas! pastikan apa yang anda makan di kedai-kedai yang menyediakan menu berkaitan dengan kambing pastikan ianya betul-betul adalah kambing dan bukan biri-biri kerana secara logiknya disini lah datangnya fakta mengenai daging kambing yang sebenar telah di manipulasikan, kerana atas faktor harga)
-susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu, nikotinik asid dalam susu kambing membantu pencernaan, memperbaiki fungsi kulit, meningkatkan pengaliran darah dan membantu dalam merawat mereka yang mengalami susah tidur dan kencing malam. Segelas susu kambing segar yang panas boleh disediakan sebelum mereka tidur.
ini hanyalah sebahagian yang saya dapat terangkan…kalau anda ingin mendapatkan maklumat apa saja tentang daging anda boleh melawati di blog ,  MasterButcher Chef yang terkenal dalam dunia chef. Artikel-artikel beliau amat membantu dalam memberi perspektif yang positif mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan kita. Lihat disini
saya juga memegang kata-kata di dalam hadis yang menyebutkan khasiat makanan dalam islam yang ada menerangkan akan khasiat daging kambing…
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun“Kami tidak keseorangan dalam mempromosikan daging boer yang berkualiti tinggi ini, rakan penternak kami juga mempunyai visi yang sama tentang akan khasiat dan kelazatan daging boer ini seperti tertulis didalam kajian. 


Khasiat Susu Dan Daging Kambing.
Ditulis Oleh: Hydzelan bin Hashim
Isnin, 04 Februari 2008


Kambing atau nama saintifiknya Capra Aegagrus merupakan spesis mamalia yang dipelihara sebagai ternakan. Terdapat juga kambing liar yang tinggal di kawasan berbukit dikenali sebagai kambing gurun dan ia merupakan haiwan yang dilindungi. Kambing adalah haiwan pemakan daun atau maun.

Makanan utamanya adalah rumput-rampai dan dedaun pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 – 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan amat perlu dititikberatkan. Ini kerana, selain daripada aspek pencemaran habitat (persekitaran kandang), kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh seekor kambing adalah berpunca daripada pencemaran makanannya sendiri. Oleh itu, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ini kerana makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.

Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan terutamanya bagi kambing bunting kali pertama. Kolestrum atau susu awal amat penting bagi anak kambing yang baru dilahirkan. Sekiranya ibu kambing mati, ibu kambing tumpang mesti disediakan bagi memastikan anak tersebut mendapat kolestrum. Jika proses penyediaan ibu tumpang tidak berjaya, penternak perlu berperanan lebih aktif dengan memerah susu ibu tumpang untuk diisikan dalam botol susu lalu diberikan kepada anak kambing itu.

Jika dirujuk kepada kitab-kitab kisah para Anbiya’, ternyata sekali ternakan kambing adalah salah satu sunnah dalam kehidupan para ‘Anbiya seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya disandarkan kepada Said al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Akan tiba suatu masa dimana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdulah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan baginda meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.

Selain daripada tanduk dan kulitnya yang boleh dijadikan perhiasan, kambing juga merupakan sumber utama susu (white gold) yang berkhasiat dan daging yang berzat (red gold) jika dibandingkan dengan spesis ternakan lain seperti lembu, kerbau dan unta. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Antara keistimewaannya ialah:-
• Mengandungi protein, enzim dan vitamin A yang baik untuk mata serta vitamin D untuk menguatkan tulang.
• Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah.
• Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer.
• Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil.
• Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Lantaran ini susu kambing merupakan ubat atau penawar berkesan bagi penyakit-penyakit seperti:-
o Demam kuning (jaundis)
o Penyakit Asma (lelah)
o Gastrik dan ulser perut
o Eczema (penyakit kulit)
o Migrain (sakit kepala)
o Mengetatkan kemaluan wanita (faraj)
o Menguatkan tulang

Sementara daging kambing atau chevon (red gold) yang berzat lagi sedap dimakan dikenali sebagai “naturally occuring health meat” yang memiliki ciri-ciri berikut, iaitu:-
• Kalori rendah
• Kadar lemak rendah
• Nisbah lemak tidak tepu/lemak tepu tinggi
• Kandungan kolestrol rendah
• HDL-C tinggi dan LDL-C adalah rendah
• Mampu menghindari penyakit jantung sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr.John R.Addrizzo (MD) dalam artikelnya, “Use of Goat Milk and Goat Meat as Therapeutic Aids in Cardiovascular Diseases”
• Menurut kajian Dr.Peter J.D’Adamo – daging kambing amat sesuai untuk jenis darah ‘O’, ‘B’, dan ‘AB’ yang dimiliki oleh seramai 75% rakyat Malaysia.



PAKEJ AYAM GOLEK UNTUK MAJLIS KENDURI DLL TEMPAHAN MIN 50 EKOR
RM20.00/EKOR ..
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan